Khamis, 20 Disember 2007
Pengorbanan
Selamat Hari Raya Aidil Adha ataupun hari raya korban. berkorban apa saja demi mencari keredzaan Allah. Sanak saudara berkumpul..dalam riuh rendah..terpancar kesedihan ibu..yang sentiasa berkorban untuk kami..susah payahmu bersama ayah mengharungi hutan belantara..memugar tanah untuk dijadikan tempat berlindung dan mencari secebis rezeki...kini kami sedar akan pengorbananmu..selepas ketiadaan ayah...kami sentiasa berkumpul menemanimu setakat mana yang kami mampu..dalam cuti ini..dan selepas ini..selepas balik sekolah sebelum sampai ke rumah..aku berjanji akan sentiasa menjengukmu sehingga akhir hayatku dan hayatmu..pengorbananmu ku sanjung tinggi ibuku yang ku kasihi dan ayah yang akan ku kenang hingga jasad dikandung badan... mohon kemaafan di aidil adha bersama sendu yang tak terucap...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan