Selasa, 12 Februari 2008

Lukisan Hati

Lukisan Hati..
Entah mengapa hati terpanggil untuk membicara tajuk ini..dalam tercari-cari bait-bait puitis namun tak kunjung menjelma lalu bait-bait kata kususun untuk cetusan rasa ini..kutemui tajuk Lukisan Hati itu ada pada muka hadapan sebuah buku yang penulisnya telah pergi..tanpa ku tahu isi kandungannya namun rasa hatiku kebetulan sama...begitu juga semasa aku tercari-cari novel untuk di baca, terpandang sebuah novel yang mempunyai tajuk yang sama..secara kebetulan...Berbalik kepada tajuk ini..amat bermakna pada diriku dan sebuah kenangan. Sebuah lukisan yang mula kulukis adalah galakan seorang ibu yang tiada pendidikan formal. yang ada hanyalah bakat terpendam dan seorang guru Al-Quran..Terima kasih ibuku sayang..aku akan sentiasa mengingati dan menghargaimu selagi hayat dikandung badan..Amat gembira bila lukisanku yang bertajuk Pemandangan di Sawah Padi telah dipamerkan oleh guru di papan pameran belakang kelas semasa di sekolah rendah. Amat bahagia bila guruku yang amat berbakat Cikgu Abd Razak Mansor (Allahyarham) telah mempamerkan lukisanku yang bertajuk Buah-buahan Tempatan sebagai contoh di kelas Seni Tingkatan 3A1..dan amat resah bila rakanku menyebut bahawa aku tersilap tajuk semasa melukis poster semasa peperiksaan SRP. Namun kejayaan cemerlang mengubat hatiku yang resah itu..Alhamdulilllah..Lukisan yang juga aku ambil mengantikan Matematik Tambahan semasa peperiksaan SPM buat kali kedua telah membawa kejayaan yang manis..syukur padaMu yang amat Pemurah lagi Maha Pengasih. Segalanya bermula dengan warna-warna ini yang melakarkan kehidupanku yang amat indah dengan kenangan.Nyata sekali warna-warna ini amat menenangkan hati, walau tanpa lakaran namun aku dapat mengadunkannya menjadi lukisan indah buat diriku walau tidak mampu menandingi lukisanmu sahabatku..tahniah..Hati amat tersentuh dengan sebuah lukisan..aku mampu menyusuri Pasar Budaya (Central Market) bersendirian, menatap lukisan-lukisan yang dilukis oleh pelukis-pelukis berbakat itu..kalaulah aku jadi mereka.. dan alangkah indahnya jika aku dapat menyusurinya bersamamu di sana lagi..ahh..angan yang tidak pasti..Lukisan mewarnakan kehidupan...terbaca sebuah coretan..Hidup ini adalah warna-warna yang tercalar pada kanvas, walaupun tidak cantik namun ia tetap mempunyai sejuta makna...Justeru..kuabadikan lukisan kenangan ini di dalam hati..hati yang jauh..Salam ingatan abadi buat pencinta lukisan..

8 ulasan:

mya berkata...

Bait-bait puitis tak perlu dicari, ia akan datang sendiri... Saat ia datang, susun dengan gerak hatimu, sulami dengan tulus jiwamu...

Ainul Husna berkata...

terima kasih..izinkan aku berguru denganmu...

mya berkata...

:-) ..sila.. sila... Selain insan, alam dan kenangan merupakan guru yang sangat mengajarkan...

Simpati pada pengagum lukisan yang menyusur CM sendirian itu. Mungkin sudah suratanNya begitu.

Ainul Husna berkata...

rasanya bicara puitismu tak mampu ku jangkau...

mya berkata...

Puisi adalah cetusan rasa, lontaran rasa yang mendalam, mencengkam. Mungkin rasa bahagia atau rasa derita, mungkin rasa benci atau suka. Yang penting rasa itu mendalam. Jika rasa biasa-biasa sahaja, tinggalkan dahulu hasrat mahu mencipta puisi. ...Itu pelajaran pertama hari ini. Semoga memberikan manfaat. :D

Ainul Husna berkata...

Bagaimana mahu menulis jika tidak mampu mengadun ayat menjadi bahasa yang indah walau rasa yang tercetus amat mendalam?..yang pasti diri individu itu sememangnya berbakat dari awal lagi..ditambah pula dengan tunjuk ajar dari penulis-penulis yang sememangnya sudah tersohor..rasanya belum mampu berganding denganmu di dada akhbar itu..cukuplah setakat coretan dan cetusan rasa di laman ini..

mya berkata...

Usah mudah mengalah sahabatku, ayuh! Tiada manusia biasa yang terus pandai berjalan dan berlari...

Ainul Husna berkata...

Terima kasih..jangan jemu mengajarku.