Jumaat, 8 Februari 2008

Salam Kembali

Salam kembali di arena maya..Kesibukan di sekolah kadang-kadang amat meletihkan..minggu lepas pengetua mengumumkan tentang tugasan yang perlu dilakukan oleh semua guru untuk menyambut seseorang..sedangkan sekolah sibuk dengan latihan rumah sukan..dari sesudah subuh..hingga hampir maghrib barulah sampai di rumah..begitulah kehidupan seorang guru...Tugasan yang diberi agak mencabar dengan masa yang terhad serta kehendak yang begitu tinggi membuat rasa menjadi resah..apatah lagi dilantik sebagai ketua...berat tanggungjawabnya...sakit kepala menjadi-jadi...tabahkan hati...dan akhirnya....selesai sudah...hari itu kami hilangkan tension dengan bermain permainan petanque...sebelum ni pernah johan..tapi bila lawan cikgu lelaki ni..gelabah semacam...jadi naib johan jadi le...sekurang-kurangnya hilang juga penat di hati..dalam sibuk-sibuk tu sempat juga kekawan mesej..ada novel baru..M0ga Kau Mengerti..sedap juga tajuk tu..boleh la pinjam untuk mengisi ruang kosong cuti ni...membaca novel ni bukan sekadar menambah pengalaman..tapi menghilangkan rasa tension juga..begitulah kata seorang kakak yang memang kaki novel.Bagiku memang benar juga katanya..cara untuk kita melupakan sesuatu bebanan yang menekan perasaan..selain membaca quran...boleh juga membaca novel..betul tak sahabat?..novel pun mesti yang terpilih dari segi bahasa dan adunan cerita.Memetik kata-kata penulis novel ni...Lily Hasrina...Kewangian musim bunga di hati bagai tidak pernah berubah biarpun disira waktu berlalu..jiwa tidak pernah berdusta tentang rasa. Bahagia terasa di mana-mana..bahagia ada pada bila-bila....jumpa lagi

2 ulasan:

mya berkata...

Assalamualaikum,

Pandai tu main petanque, saya pandai tengok je. :)

Saya tidak gemar baca novel, tapi suka tulis novel, hmm.. pelik kan. Baca Quran, insyaAllah.

Nama penulis novel tu bukannya Lily Haslina ke?

Ainul Husna berkata...

Waalaikumussalam,
pandai tu..tak la berapa pandai..baru main dua kali je..tapi dah nasib...geng cool..tak bising macam geng lain..slow and steady..tup-tup boleh menang...alhamdulillah..ya Lily Haslina.