Jumaat, 7 Mac 2008

Muhasabah Diri

Salam kembali..selamat bercuti selama seminggu..
Siapa diri kita? tentu kita masih sedar siapa diri kita..seorang insan yang serba kekurangan yang dijadikan Allah..dihidupkan..untuk berusaha mencari keredhaan-Nya..akan dimatikan pada suatu detik yang kita belum pasti tarikhnya...moga kita akan sentiasa beringat dan memberi peringatan..terbaca sebuah tulisan oleh seorang insan yang sentiasa bermuhasabah diri..katanya..

Marilah kita hidup..
seperti orang yang menanti mati
kerana ingat mati itu
akan mengecilkan segala derita
akan mencairkan segala alpa
kiranya inilah detik terakhir
marilah kita mulakan semula
walau yang masih tersisa
hanya sedetik cuma...
itu lebih bermakna!..

Justeru secebis peringatan ini adalah untuk diriku jua.. dan akhirnya katanya lagi..

Kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah. InsyaAllah nanti kita akan disukai dan menyukai orang yang disukai oleh Allah jua..

bersama-samalah kita berusaha untuk menjadi orang-orang yang disukai Allah...Wassalam

2 ulasan:

mya berkata...

Mudah-mudahan tercapai maksud. Terlalu kerdil diri ini...

Ainul Husna berkata...

InsyaAllah...merendah diri merupakan sifat mukmin sejati...