Sabtu, 26 April 2008

Guru Oh Guru!

Sesungguhnya gurulah yang menjadi agen perubahan..
Semuanya bermula dengan kita kerana:
  • kalau bukan kita, siapa lagi?
  • kalau bukan sekarang, bila lagi?
  • kalau bukan di sini, di mana lagi?

Kata-kata dipetik daripada penceramah kursus Interaksi Berkesan Dalam Bilik Darjah iaitu Pn. Hjh. Rusyati bt Hanafiah dari Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah.

Di dalam bilik itu, kami di bawa merenung Seteguk Harapan iaitu paparan video tentang sebuah harapan pelajar-pelajar miskin dari kawasan pedalaman, Sik, Kedah. Sedih juga melihat susah payah pelajar-pelajar itu mengharung denai dan sungai menuju ke sekolah dengan sebuah harapan yang menggunung...ada sahabatku yang menitiskan air mata..hati lembut walau suaranya amat digeruni pelajar-pelajar..hmm..begitulah hati seorang guru..sering berubah..."Kita sering terlupa.." kata pensyarah itu.."Terlupa tentang pelajar kita yang berbeza. Namun kita sering menganggap semuanya sama...kita perlu melihat diri mereka..." Jelas pensyarah itu bersungguh-sungguh. Memang benar, semasa masuk ke kelas, terkadang kita tidak mampu mengenali semua pelajar itu..mungkin kerana mengejar masa, mengejar sukatan yang perlu dihabiskan..sehingga keperluan mereka kita ketepikan...Ah!..guru kini semakin tersepit...banyak kerja menimbun..bukan sekadar mengajar..tapi segalanya..apa yang perlu kita utamakan?Keperluan Guru, Keperluan Sekolah atau Keperluan Murid? Berbalik kepada niat kita iaitu untuk mencari keredhaan Allah...Justeru utamakan mengikut keperluan..jika niat untuk mengajar...utamakan pelajar namun jangan dilupa keperluan diri, keperluan keluarga juga kehendak sekolah yang amat memerlukan kepakaran kita..tanya hati...kemanakah arah kita?

1 ulasan:

mya berkata...

Niat yang satu...mencapai keredaan Allah.