"Selamat Hari Lahir" Ucap seorang sahabat pada suatu masa dahulu. Berbelas tahun dahulu. Lukisan itu dihulur sebagai tanda kenangan. Sememangnya kenangan amat indah. Lukisan tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan. Lukisan melakarkan keindahan dan mendamaikan bagi jiwa yang tahu menilai kesenian lukisan itu. "Cantik dan halus seni lukisannya" Komen seorang rakan karib semasa aku membawa lukisan itu ke sekolah dan kuletakkan betul-betul menghadap mukaku..setiap hari persekolahan aku menatapnya...seperti menatap seorang sahabat lama yang tidak pernah kutemu lagi..
Terima kasih sahabat..untuk lukisan kenangan itu..
Jumaat, 4 April 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Pastinya sahabat lama itu sangat diingati...
Sahabat dan kenangan akan diingat sampai bila-bila...
Catat Ulasan