Khamis, 15 Mei 2008
SELAMAT HARI GURU
Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru. Bukan mudah untuk memikul gelaran itu. Tugas guru perlukan kesabaran sepanjang masa. Bersabarlah cikgu dengan karenah anak muridmu. Tunaikan tanggungjawab dalam mencari keredhaan Allah. Rasa ikhlas akan dapat menenangkan jiwa. Sambutlah hari guru dengan rasa bangga. Sekali menjadi guru..selamanya menjadi guru. Ungkapan seorang sahabat itu ku anggap sebuah hadiah yang akan mengiringi perjalanan hidup ini. Terima kasih sahabatku yang dikasihi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Taburkan sebanyak mana budi dan jasa. Yang penting ilmu disalurkan menjadi bekalan insan memerlukan, menjadi amal jariah yang mendapat balasan kebaikan berpanjangan. Sebagaimana menjalani hidup seharian, likunya tetap ada di jalan itu. Selamat Hari Guru, sahabat!
Catat Ulasan