Ahad, 6 Julai 2008

Sibuk

Salam kasih sahabat-sahabat seperjuangan..
Sibuk..begitulah dengan manusia hari ini..begitu sibuk dengan segala urusan masing-masing. Begitu juga dengan diri ini..Hari ini sibuk dengan urusan Buku Program Hari Anugerah Cemerlang peringkat sekolah. Jemputan ialah tetamu Diraja..lalu persiapan melebihi segalanya..semuanya sibuk..guru-guru, tukang kebun dan termasuklah pelajar. Sibuk ponteng kelas. Sibuk melepak dan berbual-bual kosong. Nasihat guru tidak dihiraukan. Tiada rasa hormat. Makin sibuk dengan telefon bimbit yang berjenama melebihi telefon guru. Tiada rasa ingin berlumba-lumba untuk belajar. Sibuk dengan keseronokan yang dicipta oleh mereka sendiri. Akhirnya, kesibukan itu akan membuatkan diri menjadi alpa. Lupa segalanya. Hasilannya, jadilah pelajar kini yang tidak berwawasan dan akhirnya kecundang di tengah jalan. Beginilah nasib anak-anak zaman globalisasi. Siapakah harus dipersalahkan?

3 ulasan:

mohad berkata...

salam... apa khabar sekarang..

mya berkata...

Sibuk... Dunia, begitulah. Siapa yang harus dipersalahkan? Yang nyata, tanggungjawab kita semakin besar, berat.

Ainul Husna berkata...

Salam kembali Ijad..
Khabar baik..sihat..Alhamdulillah..namun terkadang sibuk..mengatasi segala..

Mya sahabatku..
Dunia..kita sering sibuk sehingga lupa segala..bahawa dunia hanya sementara..sebuah persinggahan dalam perjalanan menuju alam kekal abadi..
Ya...tanggungjawab amat berat..terkadang terasa tak mampu untuk dipikul.namun terpaksa digalas jua dengan hati yang tabah dan reda..sahabat yang manis..he..he