Khamis, 7 Ogos 2008

Rindu Adalah Anugerah

Rindu-Hijjaz
Rindu itu adalah
Anugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahagiaan
Orang-orang yang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukanAnak-anak yang soleh
Isteri-isteri solehah
Keluarga bahagia
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukannya
Keampunan Tuhannya
Dan seluruh umat itu
Merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu pada Tuhan

Rindu adalah anugerah..sesiapapun boleh merasai anugerah rindu itu....alangkah nikmatnya kemanisan iman ...bersyukurlah dengan sebuah anugerah...rindu tiada bertepi...Alhamdulillah

2 ulasan:

mya berkata...

Salam damai sejahtera,

Sesiapapun boleh merasa anugerah rindu itu. Namun, tak semua orang beroleh rindu sejati. Rindukan isteri (isteri-isteri) solehah.

Teruskan mencari rindu sejati, menyulam rindu bersama yang dirindu...kerinduan! Bertamu rindu, mengetuk pintu rindu redaNYA.

Ainul Husna berkata...

Sahabatku Mya,
Moga tenang dan damai di sana..
bersyukur dengan nikmat..reda dengan ketentuan..bahawa rindu itu tetap ada dalam diri..moga bertemu rindu sejati..insyaAllah.