Sabtu, 23 Ogos 2008

Ulasan Kau Yang Kusayang

Melirik kepada tajuk..terasa novel ini menjurus kepada kecintaan sesama manusia...namun pada hakikatnya setelah dibaca..ternyata begitu padat ilmu yang disalurkan..dalam membina kebahagiaan sebuah rumahtangga..ternyata kecintaan pada Allah melebihi segala...amalan-amalan yang dijalankan adalah bertunjangkan keimanan dan kecintaan padaNYA..penulis begitu bijak menyelitkan catatan-catatan ilmu ini untuk mengajak pembaca merenung dan berfikir bahawa keimanan dan ketaqwaan kepadaNYA akan membuahkan hasil yang membahagiakan..bahagia dengan kemanisan iman itu..reda dengan ketentuan serta menderita dengan dosa-dosa yang telah kita tinggalkan..subhanallah!
Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nuramalina yang dibesarkan dengan didikan agama oleh ustaz Mohammad dan Ustazah Marbiah. Ternyata solat berjemaah, tazkirah sesudah solat serta hubungan yang erat sesama ahli keluarga telah membuahkan hasil dan membina sebuah keluarga yang bahagia..diredai dan dicintai..begitu jua dengan Nuramalina,perhubungannya dengan Fauzi sentiasa dibatasi dengan rasa keimanan dan ternyata rasa keimanan itu telah berjaya mendidik Fauzi untuk menikmati sebuah kehidupan yang berteraskan keimanan yang sebelum ini tidak dicapainya kerana jiwanya telah diasuh dengan nilai-nilai kebaratan oleh keluarganya. Namun keluarga Fauzi telah bertindak untuk memisahkan Fauzi dengan Amalina dan Fauzi telah dihantar belajar ke luar negara. Keimanan jua telah membawa Amalina untuk bersyukur dengan jodoh yang ditentukan untuknya..Ustaz Fakhrul Azam..membawa nur dalam kehidupannya setelah yakin dan pasrah bahawa..ada hikmah disebalik ketentuan itu...
"Dengan perjuangan yang tidak mengenal susah dan payah, tak mengenal sakit dan senang, dapat memuliakan diri seseorang. Gagal dalam kemuliaan lebih baik dari menang dalam kehinaan. Hidup ertinya berjuang, kalau tidak berjuang bererti bukan hidup. Dunia ini adalah medan pengujian, manakah manusia yang sejati dan manakah yang palsu. hanya orang yang tabah dan ikhlas yang akan mendapat kemenangan."

~Ternyata novel ini sarat dengan catatan-catatan ilmu yang amat sesuai untuk diamalkan..Tahniah untuk penulis kerana ilmu yang disampaikan amat berguna untuk diriku...Moga ia juga berguna untuk pembaca yang lain....Alhamdulillah..

3 ulasan:

mya berkata...

Assalamualaikum,
Subhanallah...! Tabah dan ikhlas..mudah-mudahan. Apa pun bentuk pengujian, biar hati menanggung perit, berkali terhiris dan menahan rasa, tetap reda jua.

Ainul Husna berkata...

Alaikumussalam Mya..
Maksud Al-Hadith Riwayat Abu Hurairah r.h.:
"Tiada henti-henti ujian menimpa badan seorang lelaki atau wanita mukmin;juga hartanya,atau pada anaknya, sehingga ia menemui Allah tanpa membawa sedikit pun daripada dosanya."
(Kau Yang Kusayang.m.s 62)
Moga kita tetap reda dan tabah untuk menjadi insan yang dikasihi ALLAH..

mohad berkata...

salam... tak nak join gath ke...