Ahad, 7 September 2008

Sejenak di Ramadan

Ramadan muncul kembali..Terkenang semasa menjalani ibadah puasa di Selayang Pandang. Kami bertarawih di surau Kg Selayang Pandang. Sahabatku Pah, Dhuha dan Ramlah dan Yusnara berbuka bersama-sama. Pelbagai juadah yang kami beli termasuklah yang dimasak oleh sahabatku yang rajin itu. Asam Pedas Negeri Sembilan ni memang sedap..masih terasa keenakkannya..Pah oo Pah..teringin nak makan asam pedas awak...tentu sibuk dengan anak-anak yang ramai..tapi tak mengapa..dah jadi suri rumah sepenuh masa..tugas utama..ambil dan hantar anak aje la...namun tetap sibuk juga...begitu juga dengan Shamsul Dhuha..nama yang agak unik..sekarang entah di mana..terputus hubungan..cuma lukisan cantingan batiknya yang tinggal menjadi kenangan..Ramlah..orang Kedah...masih teringat gelagatnya menjawab panggilan telefon..agak pekat dan nyaring dengan loghat Kedahnya..tak boleh control...he..he..kami semua ketawakan dia satu pejabat...Ram..oo Ram...Yusnara..orang Johor...sahabat yang cantik dan pendiam..selalu pengsan..dan kini dah menetap di Selayang Baru bertemu jodoh dengan kembar Awie (seiras je) Rakan sekerja kami. Segalanya tetap dalam kenangan...sajak Ramadan ini juga ku tulis semasa menetap di sana..sekadar meluahkan rasa..mungkin tak begitu berjiwa....

Ramadan

Kedatanganmu kunanti
kehadiranmu kutunggu
semoga ibadatku dan amalanku
di bulanmu
akan diterima olehNYA.
hanya itulah yang ada
untuk memenuhi kemuliaanmu
dari insan serba kekurangan
sepertiku
kepulanganmu
amat menyedihkan
terasa kehilangan
mungkin akan bersua lagi
InsyaAllah
jika panjang umur...

ANIS MH
25 Ramadan 1411
Selayang Pandang

2 ulasan:

mya berkata...

Salam Ramadan. Makin bererti hendaknya ibadah yang kita jalani. Amiin.

Ainul Husna berkata...

Sahabat..moga kita akan bertemu lagi di Ramadan akan datang..InsyaAllah...