Isnin, 13 Oktober 2008

Perjalanan Hidup

Tepat jam 11.30 pagi, aku bertolak dari rumah menuju ke sekolah. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40 minit. Di pertengahan jalan antara simpang menuju ke sekolah dan jalan ke Felda Guar Napai, kulihat beberapa orang sedang berkumpul dan hati kecilku meneka, ini tentunya ada kemalangan. Ternyata andaian itu benar. Ku lihat seorang tua yang hampir sebaya ayahandaku sedang duduk sambil memegang lututnya yang luka. Entah mengapa, wajahnya hampir seiras ayahandaku membuat hati menjadi sebak..lalu menitis jua air mata ini..mengenang ayahanda yang telah pergi. Memang pak cik itu amat ku kenal, seorang penjual minyak ubat di pasar malam. Terkenang ayahanda yang tidak pernah mengenal penat, berniaga mencari setitis rezeki..menyebabkan air mataku mencurah lagi...Doaku mengiringi...Al-Fatihah untuk ayahandaku yang tercinta...

2 ulasan:

mya berkata...

Salam Syawal dan salam puasa enam. Mengenang orang tersayang, yang telah lebih dahulu pergi lebih-lebih lagi, amat menyentuh rasa. Peristiwa ini.. agar kita sering ingat dan mendoakan. Moga kita jua setabah mereka yang pergi dahulu.

Ainul Husna berkata...

Sahabatku..
Moga diri ini tetab tabah dengan ujian dan dugaan yang melanda...setabah ibu tersayang!