Selasa, 25 November 2008

Sebuah Peringatan

Sedang aku membelek sebuah diari usang itu, terselit secebis kertas yang mengandungi kata-kata peringatan tanpa penulisnya.. ku paparkan buat peringatan diriku yang sering lupa...

PERINGATAN BUAT DIRIKU YANG LUPA

Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
"Ingatlah bahawa dalam jasadmu ada seketul daging, jika sihat dan baik, akan sihat dan baiklah seluruh jasad. Sebaliknya jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Maka ketahuilah olehmu, itulah hati."
Tanya dirimu,bagaimana hatimu?
Adakah...
Hati yang dihiasi dengan iman
atau dikotori dengan kekufuran
Hati yang disemai dengan taqwa
atau kefasikan
Hati yang sihat dan bersih
atau hati yang sakit dan kotor
Hati yang penuh dengan kebenaran
atau hati yang penuh dengan keraguan
Hati yang tenang dan damai
atau hati yang keras dan degil
Hati yang dimeteri dengan ketaqwaan
atau hati yang diuji dengan kesesatan
Hati yang mengambil peringatan
atau hati yang tidak berfikir,
tidak memahami
dan tidak mendengar?
Fikirkanlah...

Maha Suci Allah...Alhamdulillah

Tiada ulasan: