Selasa, 6 Januari 2009

Selamat Bertugas Cikgu!

Alhamdulillah..masih dipanjangkan usia untuk kembali bertugas...mendidik dan membimbing!
"Cikgu..mak saya kata, dia kenal cikgu" Murid comel itu menyapaku dengan lembut. Setelah diselidik barulah aku tahu, ibunya sekelas denganku semasa alam persekolahan yang berpuluh tahun ku tinggalkan. Betapa makin jauh masa berlalu dan ku tinggalkan masa-masa itu dengan pelbagai memori yang indah-indah belaka. Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menggamit memori itu setelah ditugaskan mengajar di tempat kelahiran..jua di sekolah tempat aku menimba ilmu..moga diri ini akan tetap tabah untuk mendidik anak-anak murid ini dengan penuh bersemangat.. selamat berjuang cikgu!

3 ulasan:

mya berkata...

Selamat terus berjuang, cikgu! Sentiasa tabah dan sabar menempuh segala ujian. Semoga mendapat keredaan Allah.

mohad berkata...

selamat bertugas...dan teruskan perjuangan mendidik anak bangsa

Ainul Husna berkata...

Sahabatku mya & ijad...
Perjuangan ini akan diteruskan tanpa henti...hingga nafas terakhir...Subhanallah!