Isnin, 9 Februari 2009

Sentuhan hati...seorang teman

Sejak dahulu..bagiku teman ibarat bayang-bayang...yang sentiasa memayungi diri...dari terik..sinar mentari...teman-teman yang ku temui...kebanyakannya teman sejati..dari alam sekolah rendah...sekolah menengah...sehinggalah meningkat dewasa..jua masuk ke gerbang...alam tua...Berbahagialah diri kerana masih mempunyai teman yang sentiasa memperingatkan...padaNYA...Suatu hari..penghujung senja...di akhir tahun...kedengaran bunyi telefon bimbit memainkan lagu...SONATA.... "Awak..dah baca doa akhir tahun?" Kalut betul pertanyaannya. "Eh...belum lagi..terima kasih kerana mengingatkan" jawabku dalam terharu."Baca tau, jangan tak baca".Katanya lagi memperingatkanku. Ternyata kasih dia padaku mengatasi segala. " Awak tahu, saya cemburu kalau awak rapat dengan orang lain" katanya pada suatu masa yang lain sambil merenungku. Eh! ke situ pula temanku ini. Hatiku tersenyum. Ternyata persahabatan yang ikhlas mampu menyatukan hati, memancarkan nur kasih! Semalam, sesampainya aku ke sekolah, disambutnya dengan senyuman rindu. bagai bertahun tidak berjumpa..he..he...Dihulurkan aku beberapa keping kertas. "Nah, baca ni ANIS MH!" ujarnya sambil tersenyum lagi. Hmm..manis betul senyumannya. Ku lihat sesalinan photostat sebuah cerpen karya Ummi Hani Abu Hassan yang bertajuk Emel Untuk Sufiya keluaran Majalah ANIS Februari 2009. "Saya baca dekat perpustakaan Kangar" Ujarnya lagi dengan lembut. Menenang dan menyejukkan hati. Alhamdulillah. Temanku ini sentiasa memberi sokongan pada minatku ini. Ternyata minat kami jua serupa. Membaca novel! he..he.."Kalau saya tulis..awak kena baca dulu" kataku padanya. "Jangan terasa kalau saya komen" Balasnya sambil tersengih. Eh..betul ke aku nak menulis. Kalau membaca tu kira ok la. Bukan mudah rupanya untuk jadi penulis. Ilmu mesti penuh di dada. Tak mampu rasanya menjadi sekreatif Ummu Hani..anak Abu Hassan Morad itu..perlu banyak pengalaman serta tunjuk ajar..dari orang berpengalaman..rasa nak berguru pula dengan Abu Hassan Morad tu...he..he

Tiada ulasan: