Sepanjang cuti tiga hari (1 hari- cuti peristiwa sempena Kejohanan Olahraga Peringkat Sekolah) telah ku isi dengan membaca dua buah novel iaitu Air Mata Kasih- Norhayati Berahim dan Bila Cinta Membara- Mazia Harris.
Bila Cinta Membara memaparkan kisah konflik rumahtangga- kisah seorang isteri yang kesepian dan melakukan sebuah dosa..adakah dosanya terampun?...hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Indahnya bersapa dengan jelingan, lalu berbicara melalui renungan...
Sekeping puisi indah dititipkan oleh penulis untuk renungan semua pembaca..
Pernikahan menginsafkan aku
akan perlunya iman dan taqwa
untuk belajar meniti sabar dan reda
aku sedar bahawa aku bukanlah
searif Abu Bakar
seberani Umar Al-Khattab
sekaya Uthman bin Affan
segagah Ali bin Abi Thalib
Aku hanyalah seorang suami akhir zaman
yang mempunyai banyak kekurangan dan kelemahan
Timbulkan kesedaran di hati isteriku ya Allah.
Pernikahannya denganku menyingkap tabir rahsia
bahawa aku juga tahu,
isteriku bukanlah
semulia Siti Khadijah
setaqwa Aisyah
Setabah Fatimah
secantik Zulaikha
sesungguhnya dia juga isteri akhir zaman
yang perlu berganda dididik dan diberi peringatan.
"Ya Allah kurniakan kami taufik dan hidayah serta taqwa dan iman. Tiada yang mustahil disisi-Mu, ya Allah bila Kau memperkenankan. "...Amin.
Semoga kita sentiasa beringat....InsyaAllah
Sabtu, 23 Februari 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan