Rabu, 20 Februari 2008

Senja Itu Indah

Keindahan senja yang mendamaikan
Senja yang memberikan ilham
Senja yang mengukirkan kenangan
Senja yang melakar hati dengan warna redup
Senja yang menyedarkan kita betapa Agungnya Pencipta
yang menjadikan lautan keindahan untuk dinikmati bersama.
Kata senja, ungkaplah doa ini semasa melihat keindahanku.
"Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan keindahan ini dengan sia-sia.
Maha Suci Engkau (Allah), maka peliharalah kami dari siksa api neraka".
Senja berkata lagi.
Aku akan pergi.
kemanakah engkau wahai senja?
aku tidak puas memandang wajahmu.
Senja menjawab.
Aku akan berlabuh bersama tirai malam
yang menungguku tanpa jemu.
Selamat tinggal.
Jumpa lagi jika esok masih ada.

2 ulasan:

mya berkata...

Begitulah kehidupan. Terkadang tidak terjangkau segala ini dengan akal secetek kita, insan biasa. Esok pasti ada... Nantikan sahaja di alam mana...

Ainul Husna berkata...

InsyaAllah.