Seorang sahabat baik sedang tersenyum apabila melihat aku duduk disebelahnya.
"Saya tidak mahu berduka lagi" katanya sambil tersenyum lagi. Makin manis kulihat wajahnya yang memang manis itu.
"Mengapa?" soalku lembut.
"Bukankah katamu bahawa mengingati duka itu akan mengundang segala penyakit?" Soalnya pula.
"Ya, sahabatku sayang, kerana asyik mengingati duka akan membuat hati bertambah lara. Tenangkan hatimu..banyakkan mengingati Allah kerana setiap musibah itu ada pengubatnya".
"Bagaimana dengan musibah yang bertimpa-timpa melanda diri ini..mengapa tidak orang lain?" Dia bertanya lagi sambil kulihat air matanya hampir menitis..
"Ujian dari-Nya sahabat.. sesungguhnya Allah mahu menguji hamba-hamba yang dikasihinya." kataku lagi..
"Eh kakakku sayang..tadi kata tak mahu berduka..kenapa menangis pula? tengok mata ni..aku pun hampir menangis juga" kataku hampir sebak dibuatnya.
"Ya la..adikku, eh..pernah dengar lagu Kumpulan Letto tak? lagu Sebelum Cahaya.." Soalnya lagi tiba-tiba..La pasal lagu pula..minah jiwang juga akak ni..
"Belum lagi, nanti saya tanya adik. Dia memang banyak kumpul lagu dalam telefon bimbit..boleh le saya suruh dia masukkan". Aku memberikan harapan untuknya...benar juga...lagu juga pengubat hati yang sedang berduka.
Keesokkan harinya..
"Kakakku yang manis..ni..cuba dengar lagu yang saya tujukan khas untuk kakak..Sebelum Cahaya". Aku memperdengarkan lagu itu kepadanya.
Ku lihat matanya bercahaya kembali...hatiku bersyukur kerana dapat mengembirakan hatinya...jua hati sahabat seperjuangan yang ku kasihi itu. ..Alhamdulillah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan