Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W
Selawat bergema di pelusuk alam
memuji namamu Rasulullah S.A.W.
Sempena hari kelahiranmu
membawa sinar
cahaya keimanan
Selawat dan salam
bergema lagi
melaungkan kegembiraan
merayakan hari kegemilangan
mengenang Rasul akhir zaman
Rasulullah
engkaulah contoh yang terbaik
membentuk akhlak terpuji
menyedarkan hati
bahawa masih banyak kekurangan diri
yang perlu diperbaiki..
Selawat dan Salam untukmu Ya Rasulullah..
Kekasih yang kucintai...
Khamis, 20 Mac 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Allahummasolli'alasaidinaMuhammad..... Semoga sunnah baginda dapat kita teladani bersama...
Catat Ulasan