Di kelas 3A1
Roslan bangun menghampiri Ayu. "Ayu, mengapa hang sombong sangat?" Roslan bersuara setelah lama berdiri di sebelah Ayu tanpa dipedulikannya Shima yang asyik memandangnya. Ayu tidak bersuara. Matanya menjeling Roslan, namun bibirnya terkunci rapat. Tiba-tiba Cikgu Fadzilah masuk. Semua murid berdiri. Rozali selaku ketua tingkatan mendahulukan ucapan salam diikuti rakan-rakan sekelas. "Hari ini cikgu mahu pelajar-pelajar membina ayat. Pelajar perlu memilih kata penghubung yang sesuai untuk membina ayat tersebut" Suara Cikgu Fadzilah nyaring memberikan arahan. "Saya cikgu!" cepat-cepat Roslan mengangkat tangan. "Sila tulis di hadapan" Arah cikgu Fadzilah. 'Cik Ain dan Cik Muzi suka makan garam belacan' Roslan menulis sambil tersenyum. Ayu menjeling marah. Dia sedar nama panggilannya di kampung telah dijaja oleh seseorang di dalam kelas itu. Cis! ini mesti kerja Rozali yang belagak hensem tu...(tapi hensem juga..he..he) Alamak, Ayu mengucap di dalam hati. Kerana marah, terkeluar perkataan-perkataan yang tidak baik..cuma berkata-kata di dalam hati. Hasrat hati Ayu mahu menyumpah Roslan, namun apabila melihat wajah cikgu Fadzilah yang garang itu, dia terpaksa melupakan hasrat hatinya. Nanti kau..Ayu membebel dalam hati.
betapapun ada kemarahan..namun usikan rakan-rakan membawa kenangan manis itu diingat sampai sekarang..bersambung lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan