Selasa, 1 April 2008

La Tahzan-Jangan Bersedih

Buku ini dikarang oleh Dr. Aidh Al-Qarni dan diterjemahkan oleh Tim Ihsan (Ikatan Penterjemah) dan diterbitkan oleh Pustaka Ilmu.
Seorang Guru Besar menghadiahkan buku ini kepada guru yang telah menjalankan tugas dengan penuh amanahnya. Tahniah kepada guru tersebut. Apa isi kandungannya..?
Sebagaimana tajuk buku itu iaitu Jangan Bersedih membawa kita bersama-sama untuk menyelami betapa Allah menjadikan sesuatu dengan segala rahmat dan kebaikan yang perlu kita telusuri bagi mencari keredhaanNya di bumi yang penuh barakah ini. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
"Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya)." (QS.an-Nahl:53)
  • Walaupun kami tuliskan keagungan-Mu dengan goresan tinta
  • Tetapi, kata itu dapat memperkukuh seluruh jiwa yang mengucapkannya
  • Sebab, Engkau adalah pemilik keagungan dan seluruh makna
  • Wahai Tuhan hanya kepada keagungan-Mulah semuanya menjadi lapang dan luas
Ya Allah, jadikanlah tempat penderitaan ini dengan kesenangan, ganjaran kesedihan dengan kegembiraan, ketakutan dengan kedamaian.
Ya Allah, sejukkanlah hati ini dengan salji keyakinan, padamkanlah api yang berada dalam jiwa dengan keimanan.
Ya Allah, tunjukkanlah mata ini menuju nur cahaya-Mu, jalan yang sesat menuju jalan yang lurus, dan penyimpangan menuju hidayah-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah diri ini dari bisikan syaitan yang terkutuk dengan munculnya cahaya fajar pagi. Kalahkan kebatilan yang berada dalam hati dengan tentera kebenaran. Dan usirlah tipu daya syaitan dengan pertolongan dari bala tentera penolong-Mu yang berbaris-baris.
Ya Allah, hilangkan kesedihan dan kesusahan dari diri kami. Dan berikan ketenangan dari dalam jiwa kami.
Melalui sebahagian dari paparan isi kandungan buku ini, jelas menunjukkan buku ini amat sesuai dibaca sebagai penyejuk jiwa bagi setiap mukmin yang sentiasa berusaha untuk mencari kebenaran dan bermuhasabah diri. Isikan dada dengan ilmu kerana ilmu itu penyuluh jiwa. Salam kasih abadi buat sahabat seperjuangan.

2 ulasan:

mya berkata...

Sejuk...mendamaikan. La Tahzan, sahabat. Moga rahmat dan kasih sayang Allah tetap bersama...

Ainul Husna berkata...

Sahabatku
Sesungguhnya rahmat dan kasih sayang Allah itu sentiasa bersama orang-orang yang sentiasa patuh dan tunduk...