Ahad, 13 April 2008

Lukisan Kasih

"Saya sedang siapkan sebuah lukisan" Kataku kepada sahabatku yang kusayangi itu. "Sempat juga kau melukis" jawabnya lembut menyahut sapaanku. "Telah lama saya tinggalkan aktiviti melukis ini. Dah hampir sepuluh tahun" Jelasku lagi. "Mengapa kau melukis lagi. masih samakah hasil senimu itu dahulu dengan sekarang?" soalnya pula. "Hmm, entahlah. Saya melukis mengikut rentak hati. Saya gunakan masa saya yang terluang ini di rumah emak saya yang sepi, hening dan mendamaikan. Saya akan lukiskan juga lukisan buat awak, orang yang saya sayang" Dia tersenyum mendengar kata-kataku itu. "Kalau untuk saya, boleh tak awak selitkan kata-kata itu..dalam lagu Sebelum Cahaya". Aku tersentak, teringatkan sesuatu.
Lukisanku sudah siap. Hasilnya kutunjukkan pada emak. Mata emak yang hampir terpejam itu dicelikkan semula. Letih benar agaknya setelah selesai mengajar mengaji sebentar tadi. "Cantik tak mak?" Soalku lembut dan manja. Anak manja mak la katakan. "Hmm, cantik juga la..namun tak secantik yang dulu-dulu" Komen emak ikhlas nampaknya. Aku mengeluh. Aku akui tidak mampu lagi melukis seperti dahulu. Mungkin bakatku itu telah pudar ditelan dek arus masa yang kini telah berubah. Lukisan itu telah kering. Aku mengambilnya dan aku tenung sepuas-puas hati. Itulah yang mampu ku hasilkan sahabat. Namun apa yang perlu ku tulis?...adakah perlu dituliskan sesuatu seperti permintaan sahabat baikku itu...tanya pada diri..tanya pada hati...

Tiada ulasan: