Ahad, 13 April 2008

Marah!

Salam kembali sahabat..
Marah!..begitulah sifat-sifat yang tidak boleh dipisahkan dengan manusia. Mengapa marah? Ada pelbagai sebab yang membolehkan seseorang itu marah. Mungkin rasa tidak puas hati dengan sesuatu ataupun memang sifatnya sebegitu...kita lihat sepotong dialog antara iblis dan Nabi Musa (Petikan galeriilmu.com)

Dalam sebuah riwayat terjadi dialog antara Iblis dengan Nabi Musa a.s. Iblis berkata: “Hai Musa, engkau telah dipilih Allah untuk membawa risalah-Nya, dan engkau telah diajak-Nya berkata-kata dengan sebenar-benarnya. Sedang aku adalah makhluk Allah yang telah berdosa, dan aku ingin bertaubat. Kerana itu mohonkanlah kepada Tuhanku supaya berkenan memberi taubat kepadaku.”Musa a.s memenuhi permintaan Iblis itu. Dia pun berdoa kepada Tuhan mohon agar Tuhan berkenan memberikan taubat kepada Iblis. Jawapan daripada Tuhan: “Wahai Musa, telah Aku perkenankan permintaanmu.” Kemudian Musa menemui Iblis dan berkata kepadanya: “Engkau diperintahkan supaya sujud hormat kepada kubur Adam, dan engkau akan diberi taubat.” Mendengar nama Adam disebut, tiba-tiba timbul sikap takaburnya dan marah, sambil berkata: “Aku tidak mahu sujud kepada Adam waktu hidupnya, apakah patut aku bersujud kepadanya sesudah dia mati?”Musa telah begitu bermurah hati kepada Iblis. Dia mahu meminta taubat kepada Allah bagi Iblis, tetapi Iblis sendiri lantaran sikap angkuhnya yang tetap membangkang tidak mahu taat kepada perintah Allah s.w.t. Namun, kebaikan Musa itu menjadi perhatian Iblis dan dia (Iblis) ingin membalasnya. Maka dibalasnya kebaikan Musa itu dengan jalan dia menerangkan rahsia cara-cara ia menggoda manusia, satu hal yang sangat penting diketahui oleh setiap manusia supaya mereka berhati-hati dalam perkara-perkara yang diterangkan oleh Iblis itu. Berkata Iblis kepada Musa: “Hai Musa, sesungguhnya engkau berhak menerima balasan daripadaku kerana engkau telah memohonkan syafaat kepada Allah buat keampunanku. Maka ingatlah kepadaku dalam tiga perkara, nescaya aku tidak membuat kebinasaan kepadamu:
Pertama, ingatlah kepadaku pada waktu engkau marah, kerana aku akan membawa bisikan ke dalam hatimu, mataku berada di dalam matamu, dan aku berjalan di dalam tubuhmu menurut perjalanan darahmu.
Berdasarkan petikan ini, ternyata sifat-sifat marah perlu dikikis dari hati kita kerana apabila kita marah..kita lupa segalanya..justeru..jangan marah sahabat..kerana hati ini amat luka jika melihat kemarahanmu itu..

Tiada ulasan: