Isnin, 28 April 2008

Muhasabah 3

Secara tiba-tiba, anak saudaraku yang bernama Muhammad Atiq itu mengirim sebuah mesej. Mesejnya kupaparkan di sini untuk peringatan diri ini dan jua untuk sahabat-sahabat seperjuangan.

Kita seringkali bertanyakan persoalan yang mana telah termaktub jawabnya di Kalamullah..Al-Quran..renungkanlah...kerana di situ terungkai segala kekeliruan..di situ ditemukan jawapan.

  1. Kenapa aku sering diuji?Jawapannya(Al-Ankabut:2-3)
  2. Kenapa aku tidak mendapat apa yang aku idam-idamkan?-jawapannya(Al-Baqarah:216)
  3. Kenapa ujian seberat ini?-jawapannya (Al-Baqarah:286)
  4. kenapa rasa kecewa?-Jawapannya(ALi-Imran:139)
  5. Bagaimana harus ku hadapi? -jawapannya(Al-Baqarah:45)
  6. Apa yang aku dapat dari semua ini?-jawapannya(At-Taubah:111)
  7. Kepada siapa aku berharap?-jawapannya(At-Taubah:129)
  8. Aku tak mampu bertahan!-jawapannya(Yusuf:12)

Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Renungkan sejenak maksud ayat-ayat suci yang terkandung di dalam surah-surah tersebut. Moga kita memperoleh jawapan dan pengajaran. Wassallam.

2 ulasan:

mya berkata...

Assalamualaikum,

:( ...... Alhamdulillah, syukur...pada segala ini. Terima kasih perkongsian ilmu dan keinsafan ini.

Ainul Husna berkata...

Alaikumussalam sahabat..
sama-sama..moga perkongsian ilmu ini diredhai..salam ukhuwah.