Isnin, 12 Mei 2008

HADIAH

Guru Oh Guru

Guruku
Hadirmu satu kurnia
Mengisi ilmu di dada
Dengan semangat kental
Rela diuji berhati teguh
Demi wawasan menegakkan bangsa
Yang hampir lemah
Dek petualang yang bermaharajalela
Meracun minda menggila

Guruku
Tugasmu amat mulia
Mendidik dan membimbing
Anak-anak yang ketinggalan
Jauh di pedalaman.
Renungilah mata yang berkaca
Mengharap seteguk harapan
Memohon setulus rasa
Meminta simpati
Bantulah kami
Didiklah kami
Moga jadi insan terpuji.

Guruku
Tugas menanti setia
Redha segala amanah diberi
Menabur jasa mencurah ilmu
Ikhlas tanpa jemu
Mengharap sebutir bintang
Bersinar gemilang di persada malam...

Salam kasih buat semua guru
SELAMAT HARI GURU

ANIS M.H
KODIANG, KEDAH

2 ulasan:

mya berkata...

Selamat Hari Guru, cikgu!

Ainul Husna berkata...

Selamat Hari Guru untuk awak Mya...