Sabtu, 19 Julai 2008

Muhasabah 4

Maha Suci Allah yang menjadikan langit dan bumi...Mencipta manusia yang berpasang-pasangan...penuh rasa kasih mengasihi..dan kita sebagai hamba akan tetap reda dan sabar dengan segala ketentuan hidup yang telah tertulis untuk kita.
"Tuhanku..aku tidak layak masuk SyurgaMu..namun aku tak upaya menghadapi Api NerakaMU..Terima taubatku..dan ampunkan dosa-dosaku..sesungguhnya Engkau Maha Pengampun.... dosa hambamu ini..."
Zikir itu kuulang-ulang sehingga mampu menitiskan air mata...tiada kata mampu kuucap..hanya air mata yang dapat membalut luka-luka dosa-dosa semalam yang telah kutinggalkan..apakah aku mampu melawan arus nafsu yang sering menghambat diri..Tuhanku..padaMU aku berserah..

2 ulasan:

mya berkata...

Selagi ada rasa kasih, hembuskanlah. Asal sahaja kasih yang mengharap redaNYA jua. Asal sahaja kasih itu menyuburkan, bukan mematikan. Hanya DIA yang tahu rahsia di sebalik ketentuan.

Zikir itu telah lama kutinggalkan...alangkah!

Ainul Husna berkata...

Salam manis sahabatku Mya..
Andai ada rasa..rasa itulah yang menyuburkan..justeru, sentiasalah bermuhasabah diri kerana melaluinya kita akan dapat merasai betapa kerdilnya kita disisi-NYA..Pencipta sekalian alam..