Isnin, 11 Ogos 2008

Nyanyian Tanjung Sepi:Noor Suraya

'Benarkah...bila kita jatuh cinta, kita telah memberikan hak kepada dia untuk melukakan kita?'
Sebaris ayat telah membuatkan hati terdetik untuk memilih buku ini yang tersusun rapi di Perpustakaan Awam berhampiran tempat tinggalku. ternyata novel pilihan ini yang setebal 755 muka surat mampu kubaca 2 hari..siang dan malam..masa terluang amat memberi input yang berguna kepada diriku..mungkin juga pembaca yang lain.. Tahniah Noor Suraya..jatuh cinta dengan hasil tulisan awak!
Kisah Syarifah Nuur Khalida yang jelita..menjadi idola Doktor Akmar Aziz dan juga seorang pensyarah Doktor Zainur Arief...wah! orang cantik jadi rebutan..lumrah kehidupan..dan rezeki berpihak di tangan Doktor Akmar Aziz yang bersusah payah berusaha menawan hati Nuur Khalida dalam perkahwinan yang dirancang keluarga dan tidak direstui Khalida kerana hatinya telah tertawan pada Doktor Zainur..pensyarah muda yang manis. Namun realiti sebuah kehidupan..bahagia tetap menjelma jika kita sentiasa berusaha untuk mencari dan menerima seadanya dengan hati yang ikhlas...pelbagai konflik diutarakan oleh penulis..kisah suka dan duka dalam melayari alam rumahtangga..akhirnya sebuah perkahwinan kedua terbina atas kesilapan yang pertama walau tanpa rela..namun bertemu jua cinta yang terpisah lama...ternyata penulis menyulam kisah ini dengan lembut dan penuh berhikmah..
petikan pantun, surat dan sajak menjadi penyeri kisah ini..antaranya..

Pantun:
Buah padi selasih dulang,
tumpang saya ke Jawa saja,
Buah hati kekasih orang,
tumpang hamba tertawa saja.

Sajak:
Saat ini, aku lelaki baru mengenal hidup
engkau gadis harum semerbak
lalu kubisikan kepadamu:
"Jika mencintaimu membawa hukuman mati,
aku sudah tidak ingin hidup lagi"

lalu jawabmu:
"Bagaimana mungkin aku mencintaimu, sedangkan
hatiku sudah berpenghuni dan engkau bukan apa-apa
lagi di hatiku!"

..dan masa pun terus berlalu
suatu masa nanti,
aku lelaki bongkok seribu
engkau perempuan rambut memutih
sejuta kali menjanda
lalu engkau bertanya padaku:
"Masihkah lagi ada rasamu padaku?"
lalu jawabku:
"Bagaimana mungkin aku melupakanmu,
sedangkan bagaimana cara untuk melupakanmu
aku tidak tahu!"
Subhanallah!..

kata penulis lagi dalam epilog m.s.755....cinta sesama manusia tidak memadai untuk melayarkan bahtera hidup ini. Asasnya, tetap cinta kepada Allah. Cinta kepada Allah harus melebihi cinta sesama insan. Cinta yang tidak berbanding, cinta yang tiada tandingannya..

~Maha suci Allah yang menjadikan setiap sesuatu...bersyukurlah..Alhamdulillah.

2 ulasan:

mya berkata...

Subhanallah! Maha Suci Allah yang menjadikan rasa cinta. Cinta...misteri dan abstrak. Amat sukar ditafsir, terlalu payah dirungkai. Berbahagia yang mendapatnya. Mudah-mudahan bertemu cinta pada yang mahu cinta, pada yang diberi cinta! Cinta yang menghidupkan hati. Hati yang sentiasa ingat, jua cinta pada Yang Maha Esa.

Ainul Husna berkata...

Sahabatku Mya,
Misteri dan Abstrak..tak mampu mengungkai..cuma hati yang mengerti pada sebuah rasa..cinta..moga berbahagia dengan cinta sejati..Alhamdulillah..