Khamis, 25 September 2008

Kekasihku Ramadan

Ramadan yang kukasih
Tersedia pahala berganda
Buat insan yang sedar akan hikmahnya
Mendidik hati dan rasa
Beriman dan bertaqwa
Kepada Maha Pencipta

Ramadan yang kucinta
Tersemai benih-benih impian
Berbunga pohon harapan
Menggarap seribu doa
Memohon keampunan-Nya
Dalam reda, tunduk dan patuh.

Ramadan yang kurindu
Akan pergi meninggalkanku
Menitis air mata ini
Mengenang akan kemuliaanmu
Membawa rahmat penyeri alam.

Kuhimpun segala rasa
kasih, cinta dan rindu
Kudakap erat dijiwa
Ramadan…
Kulepaskanmu dengan tangisan di dada
Moga akan bersua lagi
Jika panjang usia…

Ramadan beransur menuju ke pelabuhan
Menjemput Syawal yang sentiasa diraikan
Meninggalkan seribu kenangan
Terhimpun segala amalan
Bekalan perjalanan yang panjang.

ANIS MH
25 RAMADAN 1429

2 ulasan:

mya berkata...

Assalamualaikum,
Perjalanan yang panjang. Moga kita masih berdaya melaluinya, menghirup udara segar dan indah alam ciptaan Tuhan. Ramadan akhir ini, sama-sama kita isi dengan amalan yang mendekatkan diri kepadaNYA. Alhamdulillah.

Ainul Husna berkata...

Sahabatku Mya..
Perjalanan hidup..masih panjang..Moga kita tetap tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan..