Ahad, 10 Februari 2008

Di Bawah Pepohon Sawa

Di petang yang indah..berkumpul abang-abangku, kakak ipar dan kakakku yang seorang tu dan aku lah adik kecil yang dahulunya amat manja dengan ayah..di bawah pohon sawa..tempat ayah mencari sumber rezeki sampingan selepas menoreh getah..dan masih teringat di mana aku terbuai-buai dihujung ranting sawa membantu ayah memungut buah menggunakan pengait yang direka khas oleh ayah...begitu perit kehidupan..namun kami berbangga dengan hasil titik peluh ayah dan ibu, kami boleh berkumpul di sini..di waktu-waktu cuti..berbual dengan mesra dan penuh kasih sayang..tiada harta yang kami inginkan..sebuah kasih yang tulus dan murni...dan kini ayah telah tiada...tinggallah pepohon sawa melambai peraih-peraih yang datang ...cuma seorang dua...kami di sini berteduh di bawah pepohon sawa yang rendang dengan harapan keluarga ini akan bahagia selamanya..insyaAllah..

3 ulasan:

mya berkata...

Pohon sawa? Sawo matang? Orang Kedah sahaja kot yang panggil pohon sawa. Di tempat saya orang panggil ciku, betoi no?

Kenangan lalu amat indah untuk dikenang...

Ainul Husna berkata...

Maaf..bahasa kita berbeza..namun hati kita serupa?...

mya berkata...

:-)